cabaran inovasi inklusif (CII)

 

 

 

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui anak syarikat YIM Technology Resources Sdn Bhd (YTR) telah dilantik sebagai agensi peneraju dan pelaksana Program Berimpak Tinggi 6 – Inovasi Inklusif (HIP 6) di bawah SME Masterplan semasa Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Kali Ke-16.

 

 

 

Melalui program ini, YTR mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif (I²) 2016 di setiap Zon Seluruh Malaysia setelah melihat keberkesanan dalam menjayakan program Cabaran Inovasi Inklusif 2015 untuk Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) pada tahun 2015.

 

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi ìnklusif yang mampu menyelesaikan masalah (dari segi kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

MEDIA

NEWS CLIP

GALLERY

VIDEO

CONTACT US

CONTACT

Subsidiary of

© 2016 YIM Technology Resources. All Rights Reserved