High impact programme 6 (HIP6)

 

 

Pada Disember 2014, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah dilantik oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, sebagai agensi peneraju dan pelaksana bagi projek "High Impact Programme 6" (HIP6) - Inclusive Innovation.

 

Objektif utama HIP6 adalah untuk menangani jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia, di samping meningkatkan akses kepada keperluan asas, pendidikan, kesihatan dan produktiviti. Kumpulan sasar pula terdiri daripada golongan yang berpendapatan bulanan RM3050 ke bawah atau bottom 40% of the income pyramid. Projek ini dapat memberikan manfaat dan impak kepada kumpulan sasar untuk memahami, merekabentuk, memupuk dan mengembangkan tahap inovasi, selain mempertingkatkan taraf hidup komuniti mereka sendiri.

 

HIP6 diuruskan oleh YIM Technology Resources Sdn Bhd (YTRSB), subsidiari milik penuh YIM, yang bertindak sebagai Project Management Team (PMT). Manakala, Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai wakil-wakil daripada MOSTI, SME Corp dan YIM bertanggungjawab menyelia dan memantau prestasi dan perkembagan PMT.

 

 

 

 

 

 

 

MEDIA

NEWS CLIP

GALLERY

VIDEO

CONTACT US

CONTACT

Subsidiary of

© 2016 YIM Technology Resources. All Rights Reserved