MARAteX

 

 

 

MARATeX 2016 adalah platform untuk penyertaan warga MARA bagi Anugerah Inovasi MARA (AIM) 2016 dan pertandingan-pertandingan inovasi peringkat dalam dan luar negara. MARATeX 2016 ini adalah program Unit Inovasi Dan Penyelidikan MARA dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

 

 

Objektif pelaksanaan MARATeX 2016 adalah untuk mengiktiraf usaha inovasi dan kreativiti warga MARA yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi MARA amnya dan untuk negara Malaysia khususnya.

 

Dalam usaha untuk memantapkan lagi perlaksanaan AIM 2016, semua program-program yang berkaitan inovasi akan menggunakan jenama MARATeX serta penyertaannya akan dilaksanakan lebih awal dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah anak syarikatnya, YIM Technology Resources Sdn Bhd (YTR) melalui pendaftaran atau permohonan penyertaan serta penilaian secara on-line.

 

 

 

 

 

 

 

MEDIA

NEWS CLIP

GALLERY

VIDEO

CONTACT US

CONTACT

Subsidiary of

© 2016 YIM Technology Resources. All Rights Reserved